Berita baik di hari yang baik

Assalamualaikum korang! Hai harini aku ada 2 berita baik sangat yang aku nak share dengan korang. Firstly, aku nak ucap terima kasih dekat Kak Khalisah sebab sudi jumpa aku. Kami mula kenal dekat facebook dan Kak Khalisah nak sangat jumpa dengan aku. So alhamdulillah aku dapat jumpa dengan Kak Khalisah depan mata aku sendiri. Aku ni jenis yang awkward sikit bila jumpa perempuan. So, lepas ni kalau korang nak jumpa dengan aku takdak masalah tapi korang la kena mulakan perbualan. Aku automatically bisu time tu. Berita baik yang kedua adalah, harini aku dapat something yang memang aku nak lama dah tapi aku tak dapat iaitu notebook. Dengar macam notebook biasa je kan? Haa ni bukan biasa biasa habaq mai

Jeng.. jeng.. jengggggg

Ha tu la notebook yang special sangat tu. Handmade kauuu.. bukan senang nak dapat. Dibuat dengan penuh kasih sayang. Aku dulu pernah la nak tempah notebook macam ni tapi masa tu stock dah takda dan tukang buat tak nak buat dah. Aku macam sedih la kan bukannya senang nak dapat benda yang handmade ni. Ibu aku bukannya tau jahit, kalau dia tau jahit dah lama aku suruh dia buat kat aku. That's why aku nak future wife aku nanti pandai menjahit dan menjaga agamanya. Haa agama tu penting, semua orang nak laki/bini yang soleh solehah kan? Eh tiba tiba masuk bab ni *tolak keluar

So itulah apa yang aku nak share berita baik pada harini. Oh ya, harini kan hari Nuzul Quran. Salam Nuzul Quran kepada semua yang membaca blog aku ni. Maaf penggunaan kata AKU kepada yang lebih dewasa. Sorry noh, ceq dah besa dengan aku hang ni. Maafkan ceq naa

Sekian, wassalamualaikum warahmatullah

4 comments:

acu yuhan said...

cantik blog.. done follow u, follow me back :)

AinAthirah Anuar said...

Sirius blog ni cantik. For male blogger it is superb nice!

Hatim Hijazi said...

@acu yuhan terima kasih, blog awak pun cantik jugak. Done follow you too

Hatim Hijazi said...

@AinAthirah Anuar Aceceh blog awak pun cantik jugak. Terima kasih awakk