Adobe Certified Associate

Hai Assalamualaikum korang, harini saya nak share sikit tentang Adobe Certified Associate (ACA). Mungkin korang yang lepas graduate pernah mengalami situasi di mana korang susah untuk dapat kerja kerana sebab resume korang tak cukup kuat untuk menyakinkan klien korang atau korang nak tunjuk kat klien yang portfolio korang tu memang kerja korang sendiri.

Okay sekarang ni memang tak boleh dinafikan profesion kreatif sangat kompetitif – persaingan sengit. Majikan akan memilih Degree atau Diploma ataupun majikan akan banding bandingkan universiti yang mana korang belajar. Hasil kerja atau portfolio akan dibelek belek dan kena bedah siasat. Macam mana korang nak dapatkan perhatian majikan?

Dalam masa terdekat ini, Sifoo Art And Multimedia Training Center akan menawarkan pendaftaran untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Adobe Certified Associate (ACA). Program ni kerjasama antara Sifoo dengan Unitar Academy, Kelana Jaya.

Kalau korang berminat boleh pergi ke laman web Sifoo ataupun klik sini je

Ahlan Wasahlan Ramadan


Assalamualaikum korang, dah tinggal lagi 14 hari lagi je kan? Kejap je but korang dah ganti ke puasa yang korang dah tinggal? Haa baik ganti tak kiralah lelaki ke perempuan ke. Kena ganti jugak. Kalau tak sempat ganti kena bayar fidyah. Sebelum Ramadan datang, apa persiapan korang semua untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ni? Ramadan dah tak lama lagi dah. Alangkan nak exam SPM kita punya persediaan gah bukan main. Siap pergi tuisyen, beli buku, hantar kelas malam dan macam macam lagi. Ni nak hadapi Ramadan. Takkan dengan tangan kosong? Malu kat Allah taala. Kita cuba buat persediaan yang mudah mudah je dulu. Terutama yang malas macam aku. Jangan terus nak buat persediaan yang rapi sangat. Nanti penat. Nanti tak terbuat. Jom check diri kita kat level mana.

1. Solat hide and seek.Jenis yang kalau rajin baru solat ni, jom cuba tanam azam nak cukupkan solat 5 waktu sehari. Walau subuh dah gajah, bangun terus solat. Jangan jadikan alasan lewat untuk elak solat subuh. Cukupkan 5x sehari tanpa alasan.

2. Solat dipenghujung cinta.
Jenis yang solat bila waktu dah nak luput. Asar jam 4:40, 4:39 baru nak solat Zohor. Jenis macam ni jom cuba awalkan solat. Cuba dan amalkan solat di awal waktu. Cubalah, masa tu baru tahu nikmat masa ni. Bila solat awal, rasa banyaknya masa lapang. Sungguh!

3. Solat fast and furious.
Jenis yang solat dah awal, tapi jenis lorat nak siap. Yang jenis ni, jom kita pergi masjid. Tak boleh ambik 5 waktu pun, ambil dulu Maghrib dan Isyak. Kita ikut imam. Bacaannya tertib, tajwidnya cantik. Pahala berganda ganda lagi tau. Apa lagi mau?

4. Solat orang beruntung.
Jenis yang dapat istiqomah jemaah di masjid. Beruntung sungguh! Dah level ni, cuba belajar belajar solat sunat pula. Pastu cuba cuba angkat al quran. Tak berat mana pun berbanding besi kat gym tu. Atau paling malas, buka youtube orang mengaji. Mudah kan? Ala, sambil sambil balas mesej awek tu,buka la kejap. Pastu cakap kat dia, "Saya baru dengar surah An Nisa' ni. Bacaan Abdul Rahman Sudais. Banyak pengajaran untuk awak sebagai isteri tau." Terus naik saham, perempuan mana tak suka bakal imam dia dengar ngaji quran kan?

Itu sedikit sebanyak apa yang terlintas kat kepala otak aku saat ni. Terus aku kongsi. Bukan untuk korang sangat sebenarnya, point utama di tujukan untuk diri sendiri, bakal isteri, dan ahli keluarga. Kalau rasa perlu tambah, korang tambah la sendiri. Aku dah penat menaip ni.
Bila ada persediaan,sekurang kurangnya kita tidak terkejut sangat bila sampainya Ramadan. Tidak la semangat tu macam api mancis, menyala hanya 5 saat pastu padam. Semangat hanya di awal Ramadan. Jadikan semangat kita seperti ubat nyamuk elektrik. Tahan sehingga 30 hari! Boleh?

* Bukan tunjuk alim, aku bukan ustaz. Aku student grafik je. Tapi nak berkongsi benda baik ni tidak semestinya level ustaz kan? Walau benda tu aku pun tak boleh ikut, mana tahu ada yang boleh ikut sebab baca post ni, moga moga jadi saham aku juga nanti bila korang amal apa yang aku suruh.
* Hidup tak lama beb. Langit kat atas tu bukan kau yang tongkatkan. Bumi kat bawah ni bukan kau yang bentangkan. Ingat tu!




Pencarian Bloglist 2016

Assalamualaikum, hai korang. Memandangkan blog pun usang takdak apa nak post, saja nak ajak korang semua join pencarian bloglist by Beeha Azman. Mana tau nanti korang dapat ke. Cepat cepat! Klik dekat bawah banner dan join. Oh, jangan lupa klik nuffnang dia tau.


Iphone SE

Hai korang, harini aku nak share sikit pasal iphone se yang baru saja diperkenalkan di Malaysia pada 13 Mei yang lalu harga bermula dari RM1949. Setengah orang kata murah tapi bagi aku it's too expensive. Tadi sempatlah merasa pegang sepupu aku punya yang baru beli. Memang sama dengan iphone 5s. Kalau nak bezakan iphone se dengan iphone 5s memang susah. So kepada sesiapa yang mampu dan memang peminat tegar Apple bolehlah dapatkan iphone se sekarang! Dekat sini aku senaraikan spesifikasi iphone se serta kelebihan dan kekurangan (bagi pendapat akulah)




Wolf Children Anime Movie (Sinopsis)



Sinopsis:
Cerita ini mengisahkan kisah 13 tahun yang lalu dan dimulai dengan seorang pelajar yang berumur 19 tahun bernama Hana yang jatuh cinta  dengan manusia serigala iaitu wolfman. Setelah berkahwin dengan wolfman, Hana melahirkan dan membesarkan dua anak serigala jadian itu, yang pertama bernama Yuki lahir pada musim sejuk, dan adiknya bernama Ame yang lahir pada hari hujan. Mereka sekeluarga tinggal ditengah bandar Tokyo dalam keadaan bersembunyi dari orang ramai supaya tidak tahu apa apa tentang keluarga mereka tetapi segalanya berubah bila wolfman tiba tiba meninggal, Hana memutuskan untuk pindah ke sebuah kampung yang jauh dari bandar Tokyo. Mereka hidup dalam keadaan sederhana dan banyak pengorbanan dan rintangan yang dilalui oleh Hana untuk membesarkan anak anak serigalanya itu.



Pengorbanan seorang ibu yang membesarkan anak anak serigalanya
Korang kena tengok movie anime ni. High Recommended! Kita dapat belajar apa itu erti pengorbanan seorang ibu dan banyak moral yang kita dapat kalau kita tengok. Ceritanya sangat menyentuh hati. Dia punya grafik aku boleh bagi 10/10 sebab cantik sangat. Korang boleh nampak detail awan, rumput dan salji. Movie ni jugak pernah menang tempat pertama dalam Filem Penghargaan di Jepun.

Anime

 Assalamualaikum dan hai.. harini aku saja nak post something dekat blog. Dah lama sangat aku tak berblogging ni. Rindu kot. So topik yang aku nak sembang harini pasal anime. Korang layan tak anime? Tak kisahlah anime apa pun Naruto ke One Piece ke. Asalkan anime cukup. Okay anime yang aku tengah layan sekarang adalah Wolf Children karya daripada Mamoru Hosada. Cerita dia pasal seorang ibu membesarkan anak anak yang merupakan serigala jadian daripada genetik ayah mereka. Korang bolehlah tengok nanti. Bagi aku best la, nak bagi review aku tengok pun tak habis lagi


Dari kanan : Yuki, Hana dan Ame

Korang tengoklah okay. Sure mesti best punya. Yang mana tak layan anime tu boleh tengok Wolf Children ni. All in English okay, jangan bagi alasan tak faham! Kena tengok! Tunggu aku update okay. Jangan risau :)

New Post


Assalamualaikum, hi guys! Lama tak update blog. Sorry sebab aku baru tengok blog. Lama kot tak tengok. So harini aku baru edit sikit sikit dan tukar nama blog. Nama blog baru ni aku inspired lepas baca Albert Einstein punya teori hahaha. Tiba tiba aku terdetik nak tambah nama TEORI dekat blog. Korang boleh tengok header aku tu hehe. Cantik tak? Tu pun aku inspired bila tengok tone color masa browsing web pagi tadi. Terus aku buat renovation dekat blog dan aku akan mula berblogging balik yeayyyy!!


* Assignment belambak kena buat. Tugasan khas, mock up semua tak siap lagi waaa