Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Mohon seribu kemaafan jika ada salah dan silap. 

 * Minta maaf nah, saya punya kad raya pun tak sempat nak bagi kat korang. Ha anggaplah tu kad raya daripada saya. InsyaAllah raya haji nanti saya bagi kad raya. Nak duit raya mai rumah. 

Assignment : Typography

Cantik bukan dari apa yang kamu pakai tapi dari akhlak yang kamu capai

Pendakwah Muda

Assalamualaikum.. aku rasa korang yang ada twitter mesti dah tahu cerita Aiman Banna (@aimaanbanna). Sebenarnya isu ni menarik perhatian aku sebab aku ni tak berapa suka dengan beberapa orang pendakwah muda ni. Kalau follow aku kat twitter tahulah siapa pendakwah yang aku tak berkenan tu.  Aku ada sebab sendiri kenapa aku tak suka dengan pendakwah muda. Kebanyakannya mereka menggunakan agama untuk meraih populariti.

Aku sangat takut dengan semangat orang muda yang nak berdakwah. Boleh bercakap sikit dah rasa hebat. Jangan salah faham, aku bukannya tak suka mereka yang ada semangat nak berdakwah cuma mereka terlalu muda dan belum sampai waktu untuk mereka berdakwah. Bila kita nak berdakwah kena ada izin daripada guru. Bukannya boleh berdakwah ikut suka. Imam Malik takkan bercakap melainkan mendapat izin dari 70 orang ulama. Dia takkan bagi fatwa kalau dia tak dapat izin dari 70 orang ulama. Zaman sekarang semua orang nak berdakwah tapi takda izin. Ustaz aku pernah kata, Bila bercakap sebelum izin kesalahannya lagi besar daripada kebenaran. Kesilapan lagi banyak daripada betul. Kalau betul pun kebanyakannya kebetulan. Lagi hebat bila orang dah angkat tinggi sampai tahap ustaz. MasyaAllah tabarakallah

Dalam hadith Nabi SAW kata, Allah takkan menarik ilmu sekaligus tapi Allah tarik ilmu dengan matikan para alim ulama. Bila matinya ulama, masyarakat akan mengangkat orang yang sangat jahil. Bila diangkat orang jahil, mereka bercakap tanpa ilmu. Bila cakap takda ilmu mereka sesat dan mula menyesatkan orang lain. Sebab tu kalau kita tengok banyak hadith hadith palsu mula tersebar. Bila tanya sanad dan matan hadith tak tahu nak jawab. Alasannya kata tak tahu.  Kalau tak tahu kena belajarlah. Masa muda ni belajar. Nak berdakwah tak salah pun.

Ada orang kata kat aku, kalau nak kena tunggu izin daripada guru memang takdalah orang nak berdakwah. Dia kata dia ada mengaji jugak sikit sikit setakat nak cakap ajak orang buat baik boleh ja. Aku tau niat dia tu tapi masalahnya bila dia cakap benda baik lepas tu dia anggap diri dia macam pendakwah. Nak orang ikut dan dengar apa yang dia cakap.

Pesanan aku kepada pendakwah pendakwah muda, sabarlah. Mengaji dulu. Korang akan nampak dua fasa ni sebelum korang berdakwah tanpa izin dan berdakwah selepas izin. Akan ada satu perbezaan yang sangat besar. Sabarlah, insyaAllah korang boleh berdakwah kepada umat Nabi SAW yang akan datang. Umat Nabi takkan mati sehingga kiamat berlaku. Kalau mati pun, niat kita beribadah kepada Allah dengan mengaji. Dah dapat pahala kat situ. Ada orang niat mengaji sebab nak mengajar orang lain. Niat tu dah baik tapi ada sedikit kekotoran dalam niat tersebut.

Akhirul kalam, mudah mudahan dengan post aku kali ni sedikit sebanyak dapat memberi kebaikan kepada kita semua. Maaf atas kelemahan pada diri aku. Andai penulisan ini mengguris hati sesiapa terutamanya pendakwah muda. Aku minta maaf. Sabarlah, aku pun nak jadi pendakwah juga. Sabar, nak berdakwah perkemas diri dengan ilmu. Orang nak kata apa pun kita kuat. Jangan jadi macam orang tu. Orang kata sikit block. Haha cari dosa aku bulan puasa ni.

Berita baik di hari yang baik

Assalamualaikum korang! Hai harini aku ada 2 berita baik sangat yang aku nak share dengan korang. Firstly, aku nak ucap terima kasih dekat Kak Khalisah sebab sudi jumpa aku. Kami mula kenal dekat facebook dan Kak Khalisah nak sangat jumpa dengan aku. So alhamdulillah aku dapat jumpa dengan Kak Khalisah depan mata aku sendiri. Aku ni jenis yang awkward sikit bila jumpa perempuan. So, lepas ni kalau korang nak jumpa dengan aku takdak masalah tapi korang la kena mulakan perbualan. Aku automatically bisu time tu. Berita baik yang kedua adalah, harini aku dapat something yang memang aku nak lama dah tapi aku tak dapat iaitu notebook. Dengar macam notebook biasa je kan? Haa ni bukan biasa biasa habaq mai

Jeng.. jeng.. jengggggg

Ha tu la notebook yang special sangat tu. Handmade kauuu.. bukan senang nak dapat. Dibuat dengan penuh kasih sayang. Aku dulu pernah la nak tempah notebook macam ni tapi masa tu stock dah takda dan tukang buat tak nak buat dah. Aku macam sedih la kan bukannya senang nak dapat benda yang handmade ni. Ibu aku bukannya tau jahit, kalau dia tau jahit dah lama aku suruh dia buat kat aku. That's why aku nak future wife aku nanti pandai menjahit dan menjaga agamanya. Haa agama tu penting, semua orang nak laki/bini yang soleh solehah kan? Eh tiba tiba masuk bab ni *tolak keluar

So itulah apa yang aku nak share berita baik pada harini. Oh ya, harini kan hari Nuzul Quran. Salam Nuzul Quran kepada semua yang membaca blog aku ni. Maaf penggunaan kata AKU kepada yang lebih dewasa. Sorry noh, ceq dah besa dengan aku hang ni. Maafkan ceq naa

Sekian, wassalamualaikum warahmatullah

Freebies : New Material Design Pattern

Hai korang! Harini saya nak bagi new material design pattern. Set tiled patterns ni dalam high resolution tau. Dalam file ni includes png patterns, photoshop pattern file dan illustrator vector so korang boleh change the colors mengikut kesukaan korang. Feel free to download hehe

New Material Design Pattern

Gotta catch ’em all!

Assalamualaikum korang, alhamdulillah penantianku selama ini akan berakhir pada bulan hadapan. Tak sabar gila! Korang yang minat Pokemon mesti tahu berita ni hihi. Game ni akan release bulan Julai tapi takda tarikh khusus dari Nintendo. Kena tunggulah tarikhnya pastu kita install hehe. Jangan risau, available on apps store dan playstore.

Game ni senang je main. Kita kena jalan dengan fon nanti akan ada vibrate untuk bagitau ada pokemon dikawasan tersebut. Nak tangkap pokemon tu tekan skrin je. Ada pokemon yang duduk dekat kawasan khas macam kat air, kat hutan.. haa pandai pandailah cari. Oh, Nintendo jugak ada keluarkan wristband Pokemon Go Plus. Kalau ada wristband tu tak payah pakai fon. Pakai wristband tu je dah cukup. Harganya dalam RM143 selepas pelancaran Pokemon Go!

Sejujurnya, aku dah tunggu game ni lama sangat. Mula mula tengok teaster kat youtube. Siap ada map lagi boleh tengok location pokemon tu. Fuhh gempak beb! Akhirnya penantian aku selama ni akan berakhir. Dah tak payah nak usung gameboy lagi lepas ni.. usung fon je hahaha