Pokemon GO

Assalamualaikum gais, huhh lama betoi aku tak update blog. Hampir sebulan rasanya... hm mungkin? Haha sorry aku terlampau busy sangat dengan assignment, project hm tah apa yang aku busy sangat aku pun tak tau.

Okay, mungkin ada diantara korang yang dah baca post aku sebelum ni tentang Pokemon Go. Akhirnya dah boleh main kat Malaysia. Terima kasih kepada pihak Niantic Inc, Google, dan Nintendo. Thank you so much! Sebelum ni kita dapat khabar angin je. Punyalah excited tunggu and lastly takda. Aku dapat tau pun offical dari sini. Korang bolehlah tengok negara mana yang dapat main Pokemon Go.



Alhamdulillah, nampaknya ramai rakyat Malaysia dah mula main game Pokemon Go. Bukak je social media penuh dengan update Pokemon Go. Ada yang kata boleh main dan ada yang kata tak boleh main. Wallahualam, bagi aku nak main tu mainlah dengan berhemah dan jangan lagha. Itu penting!

Aku tak tau berapa lama Pokemon Go dapat bertahan. Macam Candy Crush dulu pun mula mula je lepas tu orang dah tak main. Aku harap sangat Pokemon Go dapat memberi manfaat kepada kita semua terutama kepada golongan muda. InsyaAllah mudah mudahan aminn :)

Ayuh! Gotta catch em all! 

Assalamualaikum