Sunday, 28 July 2019

Melangkah Ke Alam Dewasa

Hai Assalamualaikum semua, dah lama gila tak update blog hahahaha. Salah satu sebabnya aku terlupa password gmail sampai aku tukar semua akaun-akaun yang link dengan gmail lama. Alhamdulillah, aku dah ingat balik password gmail. Punyalah suspen sebab semua transaksi aku guna email tu. Memang risau la kan.

Jadi.. kita cerita apa yang berkaitan dengan tajuk pulak. Alhamdulillah, umur aku sekarang dah 22 tahun. Aku akan melangkah ke alam dewasa yang begitu banyak cabaran dan ujian yang bakal aku tempuhi. Bila dah dewasa ni makin banyak la komitmen lagi-lagi kalau anak sulung. Tanggungjawab tu makin berat tambah pulak abah aku dah nak dekat pencen kan, lagi beratlah tanggungjawab aku.

Itu adalah satu sebab kenapa aku tak boleh berjauhan dengan family aku. Aku bukannya takmau pi merantau tempat orang cari rezeki. Sebab takda siapa nak jaga ibu abah aku. Cukuplah adik aku sorang pergi merantau tempat orang. Aku kenalah duduk rumah dengan family aku. Kalau nak ikutkan lagilah jimat. Tak payah aku nak hoora hooray sangat perabis duit untuk berseronok. Cukuplah belanja untuk family ja.

Aku dah bekerja hampir setahun (bulan 8 ni cukup la setahun) so dah banyak benda aku invest untuk family. So tiba masanya untuk aku invest untuk diri sendiri. Jadi, aku belilah motorsikal baharu supaya nampak la hasil duit gaji aku hahahaha. Alhamdulillah, hampir setahun bekerja aku dapat beli motosikal baharu. Yeayyy..

Haa cantik tak kuda oren aku? Cewahh ciwi wey motor baru hahaha

Aku tak pernah sebenarnya ada motorsikal sendiri. Aku pakai pun motor abah aku ja. Ni baru dapat merasa ada motor sendiri kan. Aku bersyukur sangat dapat motor baru ni. Memang mudah betul aku dapat dengan izinNya. Pada mulanya abah aku cadang suruh ambik kereta boleh buat grab kan sebab abah aku dah nak pencen, so aku bolehlah cari income lebih dengan buat grab. Memang mulanya aku dah semangat ni nak ambik kereta dah tengok siap booking tapi tak lepas loan. Aku pun terima ja la dengan hati terbuka dan aku yakin Allah nak bagi rezeki kat aku bukan dengan cara ni. Kalau fikir balik nak buat grab sekarang ni dah makin susah. Nak kena ada lesen PSV lagi, senang cerita memang rumitlah bukan macam dulu daftar terus boleh buat grab. Dengan adanya motor ni, aku ingat nak buat foodpanda ja (kat SP ni foodpanda ja ada grabfood kat Penang) untuk aku cari duit lebih untuk kahwin menyara family aku nanti.

Okay, itu sahaja untuk post kali ini. Aku harap aku akan terus istiqamah update blog tiap-tiap minggu (doakan aku rajin.. tu ja) dan diakhir kata ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca di blog aku ni. Semoga pengorbanan yang kita lakukan mendapat keredhaan dan rahmat Allah SWT. Wabillahi taufiq, Assalamualaikum.

Minta maaf andai penulisan aku ini kurang baik. Dah lama tak mengarang jadi laguni la. InsyaAllah aku akan cuba meningkatkan penulisan aku ini dengan mengemaskini blog tiap-tiap minggu insyaAllah. 

No comments: