Assalamualaikum, hai korang aku nak share pengalaman aku buat pertama kalinya membaiki motor aku Si Jingga (nama panggilan). Pejam celik dah 1 tahun 4 bulan dia berkhidmat dengan aku. Rasa macam baru semalam ja beli hahaha.
So ceritanya, motor ni dah sampai tempoh untuk aku servis air filter, brakepad, fuel filter (ni ja tak tukar lagi). Yelah.. benda-benda wear and tear ni kenalah tukar selepas 10 ribu kilometer. Tapi jenis aku ni jarang naik motor so aku rasa macam okay la tak tukar sebab aku jarang jalan jauh. Paling jauh setakat ni aku balik SP masa hari raya aidiladha haritu ja.
Kebetulan beberapa hari lepas, sepupu aku whatsapp tanya nak tukar minyak hitam tak? Sebab dia ada beli lebih. Malangnya, aku dah tukar pun minyak hitam. Selalunya aku minta tolong dia tukarkan minyak hitam motor aku. Jujur aku tak reti sangat bab motor ni. Kalau kereta aku pandailah hahaha. Aku ceritalah dekat dia yang motor aku jadi semput. Dia bagitau mungkin sebab air filter kotor tak tukar. Dia offer la nak tukarkan untuk aku. Yang bestnya dia siap standby parts motor yang aku nak tukar kecuali fuel filter ja. Aku pun pergilah rumah dia tukar.
Lepas tukar dia bagitau kat aku yang fork motor aku bocor. MasyaAllah terkejutlah aku. Risau pun ada sebab motor aku tu aku naik biasa ja takda ganas-ganas. Ada lubang pun kalau boleh elak, aku elak. Nak buat macam mana benda dah jadi. Terimalah dengan hati yang terbuka. Dia nak repair pun tak boleh sebab tak cukup alat. Baliklah aku dengan hati yang tak berapa nak sedap hahaha.
Nasiblah roomate aku ni pandai repair motor. Aku minta tolong dialah repair cuma aku belilah minyak fork dan seal. Alhamdulillah, projek kami menukar seal dan minyak fork telah berjaya pada hari sabtu yang lalu. Syukur alhamdulillah.
Terima kasih sudi membaca. Jangan lupa follow blog ni.Kalau rajin followlah instagram, twitter dan facebook sekaliAssalamualaikum
No comments:
Post a Comment