Tuesday 24 January 2023

Melangkah Ke Alam 2023

 Assalamualaikum semua, lama betul tak update blog ni.. bersawang dah hahaha xP

Aku takda benda nak update sangat dekat blog ni melainkan ingin bercerita dengan kawan2 blogger dan pembaca blog ni. Bagi yang mengekori aku di media sosial, hampa mesti dah tau kan yang aku dah bertunang? (hohoho). Aku pun tak sangka akhirnya aku dah jadi tunangan orang. Dah ada buah hati hah.

Perkenalan aku dengan cik tunang tak lama pun. Sejujurnya perkenalan kami baru 6 bulan bermula pada 7 Julai 2022 di twitter. Yeahh.. aku kenal cik tunang dekat media sosial ja. Alhamdulillah, sepanjang perkenalan kami okay ja macam orang lain jugak.. cumanya kami ni baru kenal terus dah ajak tunang. Yelah buat apa tunggu lama-lama kan? Rasa dah macam serasi dan sekufu.. jadi aku pun tekad la nak pi jumpa mak ayah dia. Lepas jumpa mak ayah dia terus aku suruh ibu aku pergi merisik lepas tu tetapkan tarikh bertunang. Alhamdulillah, kami telahpun bertunang pada 7 Januari 2023.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT majlis kami berjaya seperti yang dirancang. Semoga hubungan ini akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kepada hampa yang masih lagi mencari pasangan, teruskan mencari dan kena berani. Kalau kena reject pun takpa, cari orang lain sampai jumpa. Kadang kita orang lelaki ni takut lebih, nampak perempuan lawa/comel mesti ingat dia dah ada pasangan. Ternyata hampa silap! InsyaAllah, niat hampa nak kahwin tu dah baik, Allah SWT mesti akan bantu hampa. Jangan putus asa, mohon doa dari Allah SWT semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllahhh