Sunday 27 November 2022

Setelah melalui semuanya dan berdiam sejak sekian lama... 
hari ini aku bersyukur kerana tiada lagi rasa yang tertinggal. 

Apabila dirimu tidak dihargai, jangan menunggu untuk dihargai. 
Tinggalkan saja kerana menghargai dirimu sendiri adalah yang
terpenting untuk bahagia.

Wednesday 5 January 2022

Tahun ini, tahun lepas,
Tahun yang sebelum-sebelum,
Tahun yang akan datang (jika panjang umur)
Pasti kita akan berdepan dengan pelbagai jenis perangai manusia.
Yang ada kalanya memang menyemakkan kepala.

Bertenang.. bertenang,
Kita pun bukanlah manusia yang sempurna.
Mungkin kita pun ada perangai yang semakkan kepala orang jugak. 

Fokus pada tujuan hidup.
Fokus pada perkara positif.
Fokus kepada yang baik-baik saja.
Yang mana semak tu tinggalkan di belakang.

Sunday 2 January 2022

Aku sudah mengambil langkah untuk mula menjauh. Aku tetap dengan keputusan aku. Perkenalan kita aku anggap sebagai hadiah dari Tuhan. Mengenal orang yang baik seperti kamu adalah sesuatu yang sangat beruntung bagiku. Bagaimana dengan kamu? Adakah fikiran kita sama atau malah sebaliknya.

Aku mula jatuh cinta, jatuh cinta pada kebaikanmu. Jatuh cinta akan kejujuranmu. Jatuh cinta akan semua hal yang bermula ketika mengenali dirimu.

Aku merasa terkadang aku menjadi seorang yang teruk. Dalam diam aku berdoa agar Allah SWT jadikan kamu yang terbaik buat diriku. Aku berharap kita akan lebih dari seorang kawan.

Aku melangkah dengan perlahan. Sebenarnya aku takut, takut tidak mampu menguasai diri dan hati aku. Aku mulai cemas saat kamu tidak membalas mesejku. Aku mulai risau dan tidak senang saat kamu berada di dalam talian tapi tidak sesekali membaca atau membalas mesejku. Aku mula berfikir yang bukan-bukan. Lahir perasaan syak wasangka dan cemburu. Ya, aku rasa aku tidak berhak atas semua itu.

Ketika aku mula menghilang, terkadang aku terfikir. Apakah kamu merasa kehilangan? Seperti aku yang memilih menghilang tetapi aku yang merasa kehilangan. 

Saturday 1 January 2022

Selamat Tahun Baru 2022

Wahai tuhan yang maha baik. Aku tidak mungkin tahu berapa tahun dan usia yang masih berbaki buatku namun aku tahu terlalu banyak nikmatmu yang harus aku syukuri.

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati. Kekalkan hatiku dalam keimanan hingga penghujung jalan hidupku. Engkau sayangilah aku, tetapkanlah hatiku dalam mencari keredhaanMu. 

Pertemuan dan Perpisahan

Seringkali kita akan cuba menghindari apa yang dinamakan perpisahan.

Kerana perpisahan akan meninggalkan bekas kenangan yang baik atau buruk. Akan kita kenang atau kita abaikan. Aku pernah mencuba untuk menghindari perpisahan. Tapi seiring jalannya waktu, aku semakin faham bahawa cepat atau lambat perpisahan itu akan datang dengan tanpa kita sedar.

Kerana pertemuan adalah satu perayaan yang dirayakan untuk menyambut perpisahan.