Madinah (Filter)


Filter Effect By Hathim Najmi

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Mohon seribu kemaafan jika ada salah dan silap. 

 * Minta maaf nah, saya punya kad raya pun tak sempat nak bagi kat korang. Ha anggaplah tu kad raya daripada saya. InsyaAllah raya haji nanti saya bagi kad raya. Nak duit raya mai rumah. 

Berita baik di hari yang baik

Assalamualaikum korang! Hai harini aku ada 2 berita baik sangat yang aku nak share dengan korang. Firstly, aku nak ucap terima kasih dekat Kak Khalisah sebab sudi jumpa aku. Kami mula kenal dekat facebook dan Kak Khalisah nak sangat jumpa dengan aku. So alhamdulillah aku dapat jumpa dengan Kak Khalisah depan mata aku sendiri. Aku ni jenis yang awkward sikit bila jumpa perempuan. So, lepas ni kalau korang nak jumpa dengan aku takdak masalah tapi korang la kena mulakan perbualan. Aku automatically bisu time tu. Berita baik yang kedua adalah, harini aku dapat something yang memang aku nak lama dah tapi aku tak dapat iaitu notebook. Dengar macam notebook biasa je kan? Haa ni bukan biasa biasa habaq mai

Jeng.. jeng.. jengggggg

Ha tu la notebook yang special sangat tu. Handmade kauuu.. bukan senang nak dapat. Dibuat dengan penuh kasih sayang. Aku dulu pernah la nak tempah notebook macam ni tapi masa tu stock dah takda dan tukang buat tak nak buat dah. Aku macam sedih la kan bukannya senang nak dapat benda yang handmade ni. Ibu aku bukannya tau jahit, kalau dia tau jahit dah lama aku suruh dia buat kat aku. That's why aku nak future wife aku nanti pandai menjahit dan menjaga agamanya. Haa agama tu penting, semua orang nak laki/bini yang soleh solehah kan? Eh tiba tiba masuk bab ni *tolak keluar

So itulah apa yang aku nak share berita baik pada harini. Oh ya, harini kan hari Nuzul Quran. Salam Nuzul Quran kepada semua yang membaca blog aku ni. Maaf penggunaan kata AKU kepada yang lebih dewasa. Sorry noh, ceq dah besa dengan aku hang ni. Maafkan ceq naa

Sekian, wassalamualaikum warahmatullah

Ahlan Wasahlan Ramadan


Assalamualaikum korang, dah tinggal lagi 14 hari lagi je kan? Kejap je but korang dah ganti ke puasa yang korang dah tinggal? Haa baik ganti tak kiralah lelaki ke perempuan ke. Kena ganti jugak. Kalau tak sempat ganti kena bayar fidyah. Sebelum Ramadan datang, apa persiapan korang semua untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ni? Ramadan dah tak lama lagi dah. Alangkan nak exam SPM kita punya persediaan gah bukan main. Siap pergi tuisyen, beli buku, hantar kelas malam dan macam macam lagi. Ni nak hadapi Ramadan. Takkan dengan tangan kosong? Malu kat Allah taala. Kita cuba buat persediaan yang mudah mudah je dulu. Terutama yang malas macam aku. Jangan terus nak buat persediaan yang rapi sangat. Nanti penat. Nanti tak terbuat. Jom check diri kita kat level mana.

1. Solat hide and seek.Jenis yang kalau rajin baru solat ni, jom cuba tanam azam nak cukupkan solat 5 waktu sehari. Walau subuh dah gajah, bangun terus solat. Jangan jadikan alasan lewat untuk elak solat subuh. Cukupkan 5x sehari tanpa alasan.

2. Solat dipenghujung cinta.
Jenis yang solat bila waktu dah nak luput. Asar jam 4:40, 4:39 baru nak solat Zohor. Jenis macam ni jom cuba awalkan solat. Cuba dan amalkan solat di awal waktu. Cubalah, masa tu baru tahu nikmat masa ni. Bila solat awal, rasa banyaknya masa lapang. Sungguh!

3. Solat fast and furious.
Jenis yang solat dah awal, tapi jenis lorat nak siap. Yang jenis ni, jom kita pergi masjid. Tak boleh ambik 5 waktu pun, ambil dulu Maghrib dan Isyak. Kita ikut imam. Bacaannya tertib, tajwidnya cantik. Pahala berganda ganda lagi tau. Apa lagi mau?

4. Solat orang beruntung.
Jenis yang dapat istiqomah jemaah di masjid. Beruntung sungguh! Dah level ni, cuba belajar belajar solat sunat pula. Pastu cuba cuba angkat al quran. Tak berat mana pun berbanding besi kat gym tu. Atau paling malas, buka youtube orang mengaji. Mudah kan? Ala, sambil sambil balas mesej awek tu,buka la kejap. Pastu cakap kat dia, "Saya baru dengar surah An Nisa' ni. Bacaan Abdul Rahman Sudais. Banyak pengajaran untuk awak sebagai isteri tau." Terus naik saham, perempuan mana tak suka bakal imam dia dengar ngaji quran kan?

Itu sedikit sebanyak apa yang terlintas kat kepala otak aku saat ni. Terus aku kongsi. Bukan untuk korang sangat sebenarnya, point utama di tujukan untuk diri sendiri, bakal isteri, dan ahli keluarga. Kalau rasa perlu tambah, korang tambah la sendiri. Aku dah penat menaip ni.
Bila ada persediaan,sekurang kurangnya kita tidak terkejut sangat bila sampainya Ramadan. Tidak la semangat tu macam api mancis, menyala hanya 5 saat pastu padam. Semangat hanya di awal Ramadan. Jadikan semangat kita seperti ubat nyamuk elektrik. Tahan sehingga 30 hari! Boleh?

* Bukan tunjuk alim, aku bukan ustaz. Aku student grafik je. Tapi nak berkongsi benda baik ni tidak semestinya level ustaz kan? Walau benda tu aku pun tak boleh ikut, mana tahu ada yang boleh ikut sebab baca post ni, moga moga jadi saham aku juga nanti bila korang amal apa yang aku suruh.
* Hidup tak lama beb. Langit kat atas tu bukan kau yang tongkatkan. Bumi kat bawah ni bukan kau yang bentangkan. Ingat tu!