GIVEAWAY BUKU BY BUDAKVANILLA

Hi assalamualaikum, sebelum ni aku ada join giveaway Giveaway Travel Totebag by Ana Suhana dan kali ini aku rasa terpanggil untuk join giveaway sekali lagi. Tapi kali ni punya giveaway aku memberi harapan yang sangat tinggi sebab aku rasa dah lama sangat aku tak dapat dari orang. Biasa aku ni jarang sekali nak beli kebanyakannya aku pinjam takpun orang yang bagi hahahaha.

Okay, dah nampak sikit ke giveaway apa yang aku nak join untuk kali ini?

Tadaaaaa...

GIVEAWAY BUKU BY BV

Syarat-syarat untuk join GIVEAWAY ini adalah kalian perlu follow blog budakvanilla dan instagram @budakvanila dan jangan lupa like page budakvanilla di facebook. Alang-alang dah giveaway buku kan, haa like lah sekali page Buku Fixi alah senang ja kot. Alhamdulillah, aku dah mengikuti syarat-syarat tersebut dengan jayanya cewahhhh.

Okay syarat yang kedua pulak kena sertakan sekali caption dan soalan "Macam mana boleh terjebak dengan buku?"
Aku mula terjebak dengan buku masa aku darjah 3 sebab aku tengok ada kawan-kawan sekelas aku rajin bawak buku selain dari buku teks. Aku pun musykil la kenapa buku yang depa bawak tu sampai boleh buat orang berkerumun. Last-last sekali aku pun nak siasatlah buku apa yang depa bawak. Rupa rupanya komik Gempak Starz. Bermula dari situlah aku mula cari komik Gempak Starz. Aku tak mampu nak beli. Mampu tengok ja la. Lepas tu aku pun mula rajin pi library sebab kawan aku kata semua buku ada kat library tu. Yelah, kecik lagi masa tu kita percaya ja la apa orang kata hahaha. Aku pun pergilah library masa rehat semata-mata nak cari buku tu tapi takdak. Yang ada majalah kuntum dengan majalah asuh. Takpalah asalkan berwarna macam buku Gempak Starz jadilah. Semenjak daripada situlah aku rajin membaca. Sebab dalam majalah kuntum tu kan baca fakta-fakta yang kita tak tau. Jadi aku rasa berilmiah sikit bila baca majalah kuntum. Daripada situlah aku suka baca majalah-majalah yang mengandungi banyak fakta dan sejarah lagi-lagi bab gajet dan elektronik. Terima kasih dekat abah yang selalu beli buku kat aku sebulan sekali. Alhamdulillah, lama-kelamaan aku dah mula baca novel, baca buku sirah nabi dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, aku berharap sangat giveaway kali ini sedikit sebanyak dapat memenuhi waktu lapang aku dengan membaca buku selain daripada baca bebenang yang pelbagai genre di twitter, baca komen rejimen makcik pakcik bawang semalaysia di facebook. Sejujurnya memang aku jarang beli buku sebab duit aku banyak infak untuk perut. Jadi, kalau aku nak membaca biasa aku baca di internet. Buka IIUM Confession baca semua kisah dalam tu.

Pendapat aku, membaca di skrin tak sama seperti kita membaca di buku. Memang lain sangat sebab kalau kita baca di buku, kita akan rasa lebih menghargai apa yang ada di tangan kita. Macam telefon misalnya, biasa kita letak di poket. Lain pulak buku, kita akan mendakap buku. Mana ada orang pegang buku bawah dari pusat kecuali kalau buku tu berat. Itu antara adab-adab dengan buku. InsyaAllah, mudah mudahan apa yang kita baca tu dapat memberi pengajaran dan ilmu yang manfaat untuk kita amal.

Sekian, Wassalamualaikum.

P/S : Dah lama tak praktik menulis sampai jadi caca marba. Hat mana faham tu fahamlah kot noh. Yang tak faham tu bacalah kot mana pun bagi faham jugak, Mintak maaf nah hahaha

2 comments:

BudakVanilla said...

wahhh, BV pun pernah terjebak dengan majalah gempak starz dan kreko masa sekolah rendah. :D selalu baca majalah kuntum dan asuh kat perpustakaan. setuju part banyak benda boleh dapat dari membaca. :)

selain baca buku, memang masa lapang suka jugak baca benda kat social media XD

p/s: blog nie memang ada 'captcha' eh? saya bukan robot :D

thanks sebab sudi join GIVEAWAY BUKU by budakvanilla!
boleh semak senarai peserta kat -> budakvanilla.com/p/participants-giveaway-buku.html

all the best and good luck ya :D

Nini Hanini said...

Suka gila gempak starz sampai selalu check website dulu bila release yang baru. Harapkan 7e je utk update stok baru and kalau ada duit lebih baru boleh beli sebab parents tak bagi beli hahaha

Wishing you all the best for the giveaway! xx